fbpx

Suri rumah tawar seks didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Aniza Shakiera (tengah) untuk didakwa atas pertuduhan mencari langganan bagi tujuan persundalan di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang suri rumah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencari langganan bagi tujuan persundalan di sebuah rumah tumpangan di Kubang Kerian di sini pada bulan lalu.

Tertuduh, Aniza Shakiera Ahmad, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 7.30 malam pada 16 November lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mazlinda Mohd. Nor manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ariyani Mohd. Amin @ Abdul Hamid.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 dan tertuduh membayar denda yang ditetapkan.

Mengikut fakta kes, Cawangan Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan berjaya menumpaskan kegiatan pelacuran menerusi Op Noda di sebuah rumah tumpangan di Kubang Kerian di sini pada 16 November lalu.

Dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 7.30 malam itu, seorang anggota polis menyamar sebagai pelanggan untuk membuat langganan dengan tertuduh.

Wanita itu dikatakan menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis tersebut melalui aplikasi WhatsApp dengan bayaran sebanyak RM150 untuk sekali langganan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI