PETALING JAYA – Kelahiran anak sulung perempuan menjadi penutup 2024 terimdah buat pelakon Raysha Rizrose yang selamat bersalin semalam.
Berita tersebut dikongsikan kakaknya yang juga aktres, Nelydia Senrose dalam hantaran Instagram Story
“Adik yang selalu ikut ke mana-mana dan bergaduh bersama sebelum ini sudah melahirkan seorang bayi.
“Alhamdulillah atas segala nikmat yang kami sekeluarga terima ini. Semoga Allah sentiasa menghujani keluarga ini dengan penuh barakah dan penuh kasih sayang,” katanya.
Pada masa sama, Nelydia yakin Raysha bersama suaminya, Nabil Jeffri mampu menjadi ibu bapa yang terbaik.
“Saya dan suami tahu mereka akan jadi ibu bapa hebat kepada bayi ini.
“Baby R (panggilan nama bayi) anda sangat disayangi dan kami sangat bertuah memiliki anda.
“Semoga anda membesar dengan sihat, cantik dan kuat seperti ibu anda,” tulisnya.
Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 28, dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari tahun lalu selepas dua bulan bertunang. – KOSMO! ONLINE