fbpx

Polis minta waran tangkap terhadap Presiden Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pada 14 Disember lalu menunjukkan Presiden Yoon Suk-yeol. – AFP

SEOUL – Pasukan yang menyiasat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol kerana mengisytiharkan undang-undang tentera menyatakan semalam bahawa mereka meminta waran tangkap dikeluarkan selepas pemimpin berkenaan gagal hadir sesi soal siasat.

“Ibu Pejabat Siasatan Bersama memfailkan waran tangkap terhadap Presiden Yoon Suk-yeol dengan Mahkamah Daerah Seoul Barat,” kata pasukan penyiasat berkenaan dalam satu kenyataan.

Permohonan itu menandakan cubaan untuk menahan secara paksaan seorang Presiden yang masih memerintah buat kali pertama dalam perlembagaan Korea Selatan.

Suk-yeol dilucutkan daripada tanggungjawab presiden oleh Parlimen berhubung deklarasi singkat undang-undang tentera oleh beliau bulan ini.

Sebuah mahkamah perlembagaan masih bersidang untuk mengesahkan pemecatan beliau.

Tindakan dramatik Suk-yeol itu mengakibatkan Korea Selatan terjerumus ke dalam krisis politik paling buruk dalam tempoh beberapa dekad.

Krisis politik itu semakin meruncing minggu lalu apabila pengganti sementara beliau, Han Duck-soo juga dipecat oleh Parlimen kerana gagal menandatangani rang undang-undang untuk menyiasat Suk-yeol.

Suk-yeol dipanggil untuk soal siasat sebanyak tiga kali sebelum ini tetapi enggan hadir setiap kali termasuk menjelang tarikh akhir kelmarin.

Pemimpin berfahaman konservatif itu berdepan dakwaan memberontak yang boleh membawa kepada penjara seumur hidup atau hukuman mati. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI