fbpx

Pesawat terhempas di laut UAE, 2 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tidak disahkan menunjukkan pesawat terhempas dipercayai dikendalikan oleh Jazirah Aviation Club. - X

ABU DHABI, EMIRIYAH ARAB BERSATU (UAE) – Sebuah pesawat ringan terhempas semalam di luar pantai Ras Al Khaimah yang merupakan salah satu daripada tujuh emiriyah UAE, dengan mengorbankan dua orang, kata pihak berkuasa penerbangan negara itu.

“Sebuah pesawat ringan yang dikendalikan oleh Jazirah Aviation Club terhempas ke dalam laut sekali gus meragut nyawa juruterbang dan pembantu juruterbang,” kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Am dalam satu kenyataan.

Ia menambah bahawa siasatan telah dilancarkan untuk menentukan punca nahas itu.

Kenyataan itu berkata, mangsa adalah warganegara India dan Pakistan.

“Nahas berlaku sejurus selepas pesawat berlepas, berhampiran Hotel Cove Rotana di sepanjang pantai,” kata pihak berkuasa penerbangan.

“Laporan awal mencadangkan pesawat terputus hubungan radio dan kemudian cuba mendarat cemas. Walaupun usaha menyelamatkan nyawa dilakukan, kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dialami,” tambahnya.

Ras Al Khaimah terletak di bahagian paling utara UAE. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI