fbpx

Penunggang motosikal parah tersepit bawah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang parah dalam kemalangan babit dua kenderaan di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuh Raya Utara Selatan, Serdang, pagi tadi.

SERDANG – Seorang penunggang motosikal parah selepas tersepit di bawah sebuah kereta dalam kemalangan di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuh Raya Utara Selatan, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 8.14 pagi tadi.

Katanya, tujuh anggota keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Seri Kembangan dikerahkan ke lokasi kejadian bersama dua buah jentera.

“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 dan sebuah kereta Toyota Alphard.

“Terdapat mangsa seorang lelaki berusia 33 tahun tersepit di bawah kereta dan mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI