fbpx

Pekerja kilang ais mengaku miliki video lucah, pornografi kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Affendi (tengah) dibawa untuk menghadapi dua pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah di Mahkamah Majistret Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang pekerja kilang ais mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah di Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini hari ini.

Tertuduh, Muhammad Affandi Mohd. Azli, 33, membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak-Kanak 2017, manakala pertuduhan kedua memiliki video lucah mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Kampung Batangan, Marang pada pukul 8.50 malam, 23 Disember lalu.

Mahkamah membenarkan Muhammad Affendi dibebaskan dengan wang jaminan RM8,000 dan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Sebutan kes bagi jatuh hukum pula ditetapkan pada 15 Januari depan di Mahkamah Majistret Marang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI