NEW DELHI – Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun bernama Chetna masih terperangkap di dalam sebuah perigi di Kotputli, India walaupun operasi menyelamat memasuki hari kelapan hari ini, lapor portal berita IANS.
Pegawai-pegawai berkata, pasukan penyelamat telah sampai dekat dengan Chetna yang terperangkap pada kedalaman 213 meter sejak 23 Disember lalu.
Pegawai-pegawai yang menyelia operasi menyelamat menyatakan keyakinan bahawa mereka akan dapat menyelamatkan Chetna.
Seorang anggota pasukan penyelamat, Mahavir Singh menyatakan bahawa apabila penggalian lebih dalam dilakukan, suhu di dalam terowong meningkat.
Katanya keadaan itu menyebabkan anggota-anggota menyelamat mengalami kesukaran bernafas akibat habuk.
Chetna terjatuh ke dalam perigi itu ketika dia sedang bermain di dalam ladang milik bapannya. – AGENSI