PETALING JAYA – Management and Science University (MSU) melancarkan program “MSU Primary Health Care Symposium 2024” bertujuan memperkasakan peranan penting penyedia penjagaan utama dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan komuniti.
MSU dalam kenyataan berkata, program itu juga turut menjadi penanda aras penting dalam kerjasama awam-swasta atau Public Private Partnership (PPP) bagi mengukuhkan perkhidmatan penjagaan utama supaya dapat diuruskan dengan cekap, efektif, optimum serta berkesan untuk manfaat masyarakat umum.
“Simposium selama dua hari ini yang bertemakan “Empowering Primary Care Providers, Transforming Lives” ini telah dianjurkan oleh MSU dengan kerjasama MSU Medical Centre (MSUMC), MSU Pharma dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).
“Ianya juga merupakan kesinambungan kepada jalinan PPP di antara MSU, MSUMC dan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui program “Healthcare Equity for Affordable and Rapid Treatment (H.E.A.R.T) pada April lalu menyaksikan golongan M40 dan B40 mendapat manfaat dalam aspek penjagaan kesihatan berkualiti dan canggih,” katanya.
MSU menambah, pihaknya dan MSUMC adalah komited dalam menyokong aspirasi KKM untuk memastikan penjagaan utama bukan sekadar perkhidmatan, tetapi merupakan perjalanan transformatif ke arah masa depan yang lebih sihat dan lebih baik untuk seluruh komuniti.
Hadir pada majlis perasmian program berkenaan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, Datuk Seri Norazman Ayob yang turut menyampaikan ucaptama bertajuk “Sustainability in Healthcare: Public-Private Partnership”.
Para peserta bagi symposium yang berlangsung selama dua hari ini adalah terdiri daripada pengamal perubatan am swasta, pengawai dan pakar perubatan KKM, jururawat, pembantu perubatan, optometri, dentist termasuk pelajar.
Antara topik sesi plenari dan bengkel yang telah dijalankan termasuklah “Empowering Primary Care Providers,Transforming Lives, Medico-Legal Litigation and the General Practitioners-Avoiding Pitfalls dan Role of Metabolic Surgery in Non-Communicable Diseases. – KOSMO! ONLINE