fbpx

Moo Deng terima RM1 juta untuk rumah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VITALIK (kanan) dan Moo Deng. - Foto Zoo Terbuka Khao Kheow/Flickr

BANGKOK – Jutawan mata wang kripto, Vitalik Buterin menderma 10 juta baht (RM1.3 juta) bagi membina rumah baharu untuk seekor anak badak air bernama Moo Deng, lapor portal berita Pattaya Mail.

Moo Deng mendiami Zoo Terbuka Khao Kheow, Thailand.

Gambar replika cek 10 juta baht sumbangan Vitalik itu dipaparkan oleh pengarah zoo berkenaan, Narongwit Chodchoi di laman Facebook ‘Kha Moo and the Gang’ kelmarin.

Vitalik merupakan salah seorang tokoh paling berpengaruh dalam dunia mata wang kripto dan juga pengasas bersama syiling Ethereum (ETH).

Laman Facebok itu menyatakan, Vitalik menderma 10 juta baht kepada projek pengambilan hidupan liar bagi membina rumah baharu untuk Moo Deng.

Moo Deng ialah anak badak air yang lahir di zoo terletak di Chonburi itu pada 10 Disember lalu.

Ia dengan pantas menjadi sensasi internet kerana penampilannya yang comel sehingga menarik ramai pengunjung ke zoo tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI