fbpx

Mangsa banjir Kelantan, Terengganu meningkat 1,579 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membantu mangsa banjir di Tanah Merah untuk dibawa ke PPS semalam. FOTO IHSAN POLIS

PETALING JAYA – Seramai 1,579 mangsa banjir terdiri daripada 459 keluarga direkodkan pada pagi ini, meningkat berbanding malam semalam yang mencatatkan seramai 1,261 orang.

Menerusi maklumat pada Info Bencana JKM, daripada jumlah tersebut, seramai 912 mangsa banjir daripada 278 keluarga direkodkan di Kelantan.

Kesemua mangsa ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang.

Bagi Terengganu pula, seramai 673 mangsa daripada 182 keluarga ditempatkan di 18 PPS di Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman.

“Sebanyak 38 PPS dibuka setakat pagi ini,” menurut maklumat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI