fbpx

Lelaki jatuh gaung 40 meter ketika cari durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba menyelamatkan seorang lelaki yang terjatuh ke dalam gaung ketika mencari durian di Kampung Patos, Padawan semalam.

PADAWAN – Khidmat pasukan bomba digunakan untuk menyelamatkan seorang lelaki yang terjatuh ke dalam gaung ketika mencari durian di Kampung Patos, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 6.20 petang semalam dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi.

Katanya setiba di lokasi mendapati mangsa yang cedera berada di bawah gaung yang kecuramannya dianggarkan 50 darjah serta kedalaman 30 hingga 40 meter dari jalan raya kampung.

Menjelas lanjut, beliau berkata pasukan bomba segera menjalankan operasi menyelamatkan mangsa untuk membawanya naik ke tempat selamat.

“Mangsa mengalami kecederaan lebam di muka dan mata kiri serta mengadu kepala pening,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI