fbpx

Lagi pesawat Jeju Air cemas, gear pendaratan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

SEOUL – Sebuah pesawat Jeju Air dari Seoul hari ini terpaksa berpatah balik selepas mengalami masalah gear pendaratan, kata syarikat penerbangan itu, sehari selepas nahas udara paling dahsyat berlaku di Korea Selatan.

Pesawat Boeing 737-800 yang terlibat dalam kejadian itu adalah model sama dalam nahas Jeju Air yang mendarat tanpa gear pendaratan, menyebabkan 179 orang terbunuh.

Penerbangan Jeju Air 7C101 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo di Seoul menuju ke Pulau Jeju sekitar pukul 6.37 pagi(waktu tempatan), kembali ke Gimpo pukul 7.25 pagi selepas masalah gear pendaratan dikesan tidak lama selepas berlepas.

“Tidak lama selepas berlepas, isyarat menunjukkan masalah gear pendaratan dikesan pada sistem pemantauan pesawat,” kata ketua pejabat sokongan pengurusan Jeju Air, Song Kyung-hoon.

Media tempatan melaporkan, seramai 21 penumpang memilih untuk tidak menaiki pesawat ganti menuju ke Jeju kerana bimbang faktor keselamatan.

Armada 41 pesawat Jeju Air termasuk 39 pesawat Boeing 737-800.

Hari ini juga, Seoul menyelamatkan bahawa pihaknya akan menjalankan pemeriksaan terhadap semua 101 Boeing 737-800 yang beroperasi di Korea Selatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI