BANGKOK – Seorang lelaki di Na Thawi, wilayah Songkhla terkejut apabila melihat seekor ular tedung ‘king cobra’ masuk ke dalam perangkap ikan yang dipasangnya, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Menurut Phadungsak, 28, dia pergi ke ladang getah miliknya untuk memeriksa perangkap ikan yang dipasang.
Namun, lelaki itu terkejut apabila mendapati terdapat seekor ular tedung di dalam salah satu perangkap tersebut.
Dia dengan segera memanggil pasukan pengendali ular untuk menangkap reptilia itu.
“King cobra gergasi berukuran 4 meter panjang,” kata pengendali ular, Tawisak.
Ular tedung itu akan dilepaskan semula ke kawasan terpencil di hutan yang jauh dari manusia. – AGENSI