fbpx

Kena kompuan RM8,600 gagal guna tanda harga khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDN memeriksa harga yang dipamerkan peniaga sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Krismas 2024 baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 75 tindakan kes berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2024 di mana 74 kes gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu dan satu kes tiada tanda harga.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Adam berkata, tindakan kes itu melibatkan nilai kompaun sebanyak RM8,600.

“Sepanjang pelaksanaan skim ini, sebanyak 2,748 pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis perniagaan di seluruh negara merangkumi premis runcit, borong dan pengeluar.

“Daripada jumlah pemeriksaan itu, tindakan undang-undang dikenakan ke atas peniaga yang gagal mematuhi sepenuhnya perundangan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Pada masa sama, katanya, tiada kes melibatkan penjualan melebihi harga ditetapkan dikesan sepanjang tempoh tersebut.

“Pihak kami tidak menerima sebarang aduan semasa pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2024.

“Majoriti peniaga yang diperiksa komited serta mematuhi perundangan harga maksimum yang berkuatkuasa sepanjang pelaksanaan skim itu,” katanya.

Untuk rekod, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2024 berkuat kuasa dari 23 hingga 27 Disember lalu di mana ia merupakan langkah kerajaan dalam melindungi pengguna daripada peniaga yang tidak beretika sepanjang sambutan Krismas.

Tempoh pelaksanaan skim ini adalah selama lima hari dan berkuat kuasa dua hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan.

Sebanyak sembilan jenis barangan yang dikawal harganya di Semenanjung Malaysia dan tambahan empat barangan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan selain lima barangan di Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI