fbpx

Kawasan khas ‘pick-up’, ‘drop-off’ di Bukit Bintang diselaraskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara membanjiri Bukit Bintang, Kuala Lumpur sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Krismas beberapa hari lalu.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengadakan perbincangan berhubung kawasan khas bagi menurun dan menaikkan penumpang bagi perkhidmatan e-hailing di sekitar kawasan Bukit Bintang.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, perbincangan itu disertai Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Sharif dan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa di Menara DBKL 1 di ibu negara hari ini.

“Perkara lain yang dibincangkan adalah mengenai cadangan pelaksanaan kawasan khusus untuk melintas di sekitar kawasan Bukit Bintang.

“Perbincangan turut menjurus kepada bentuk kerjasama lain yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuhkan lagi usaha bersama dalam memastikan kesejahteraan dan kelancaran trafik di Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, DBKL berkata, pada pertemuan itu beberapa isu penting dibincangkan antaranya berkenaan penugasan dan penguatkuasaan bagi sambutan Ambang Tahun Baharu selain operasi bersepadu melibatkan JSPT dan DBKL berkait isu halangan kenderaan di sekitar ibu kota. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI