fbpx

HONOR Magic7 Pro bongkar penipuan guna teknologi AI Deepfake Detection

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONOR Magic7 Pro dilengkapi dengan teknologi AI baharu bagi mengesan penipuan.

PETALING JAYA – HONOR Magic7 Pro merupakan telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan teknologi pengesan pemalsuan wajah kecerdasan buatan (AI Deepfake Detection).

Teknologi itu boleh mengenal pasti dengan tepat sama ada orang yang membuat panggilan video melalui WhatsApp, Messenger atau WeChat menggunakan teknologi AI yang mengubah wajah.

Ia akan mengimbas pandangan mata, cahaya, kejelasan imej, dan ulangan video bagi mengenal pasti kecacatan yang mungkin tidak kelihatan pada pandangan mata kasar.

Dengan pemeriksaan teliti, AI Deepfake Detection dapat mengesan kandungan yang dimanipulasi dengan tepat bagi membezakan antara media sebenar dan pengubahsuaian penipuan.

Jika terdapat sebarang anomali dikesan dalam tempoh tiga saat, HONOR Magic7 Pro akan mengeluarkan amaran pada skrin dengan segera, mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa kepada penipuan, sekali gus mencipta persekitaran yang lebih selamat untuk berkomunikasi.

Kelengkapan teknologi itu dalam HONOR Magic7 Pro adalah selaras dengan aspirasi kerajaan yang meminta orang ramai berhati-hati dengan taktik penipuan melibatkan penyebaran video dan imej palsu atau deepfake yang dibuat menggunakan teknologi AI.

Justeru, secara tidak langsung, teknologi pengesanan ini mampu meningkatkan keupayaan anti-penipuan dan mengurangkan risiko kepada pengguna apabila menggunakan telefon.

AI Deepfake Detection dapat mengesan kandungan yang dimanipulasi dengan tepat bagi membezakan antara media sebenar dan pengubahsuaian penipuan.

Untuk rekod, teknologi peengesan ini adalah berdasarkan AI pada peranti dan tidak memuat naik kandungan ke awan, maka pengguna tidak perlu risau tentang risiko kebocoran maklumat peribadi.

Selain AI Deepfake Detection, HONOR Magic7 Pro juga dilengkapi dengan Magic Portal 2.0 eksklusif, yang boleh membantu pengguna beralih antara aplikasi.

AI Notes yang dipertingkatkan lagi kini bukan sahaja boleh menterjemah rakaman, tetapi AI juga boleh menjana minit mesyuarat dan ringkasan daripada kandungan mesyuarat yang panjang, menjimatkan banyak tenaga kerja dan masa.

Terjemahan AI pertama juga bukan sahaja meliputi bahasa Melayu, malah turut mempunyai 14 bahasa baharu termasuk Jepun dan Korea, supaya komunikasi bahasa tidak lagi menjadi penghalang untuk mengembara.

Peranti baharu itu juga boleh menterjemah bahasa asing dengan cepat pada skrin menerusi AI Google Gemini.

HONOR Magic7 Pro ialah telefon flagship terbaharu HONOR dan akan dilancarkan pada pukul 2 petang, 9 Januari 2025.

Untuk butiran lanjut, orang ramai boleh melayari https://www.honor.com/my/shop/new-launch/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI