fbpx

Hati-hati bercuti di kawasan berisiko banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai yang sedang bercuti akhir tahun dan mempunyai perancangan ke kawasan berisiko banjir dinasihatkan untuk membuat pertimbangan sewajarnya bagi memastikan keselamatan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa kawasan di Kelantan iaitu Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai serta Terengganu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman kini pada tahap amaran bahaya akibat hujan berterusan.

“Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan serta mematuhi semua langkah-langkah yang ditetapkan pihak berkuasa agar perkara-perkara tidak diingini berlaku,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Berdasarkan maklumat Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu telah meningkat kepada 1,579 orang pagi ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, beliau menggesa semua mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan penduduk di kawasan berisiko mematuhi arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Menurut beliau, ia bagi mengelak dan mengurangkan impak bencana terhadap nyawa dan harta benda.

“Saya ingin memberikan penghargaan kepada semua petugas pengurusan bencana yang sentiasa bersiap siaga dalam apa jua keadaan. Komitmen anda sebagai barisan hadapan dalam menguruskan bencana ini amat dihargai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI