fbpx

Habis cuti seminggu, ada lagi yang sambung ‘rehat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – ‘Monday Blues’ adalah satu perasaan tertekan atau sedih seseorang individu untuk kembali ke rutin hariannya pada hari Isnin sehingga ada yang sanggup mengambil cuti kecemasan atau cuti sakit (MC) semata-mata mahu sambung berehat.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, ramai mengakui mengambil cuti pada hari ini kerana masih berada dalam mod ‘bercuti’ dan bermalas-malasan.

Seorang pengguna Facebook, Nazri berkata, dia mengambil cuti kecemasan hari ini kerana terlajak tidur disebabkan terlalu penat memandu dari Kelantan ke Kuala Lumpur semalam dengan masa perjalanan hampir 11 jam.

“EL (cuti kecemasan) nampaknya pagi ini, pukul 11 baru sedar, semalam pukul 2.30 pagi baru sampai dari Kelantan. Ini masalahnya kalau dah cuti tiga, empat hari nak mula kerja rasa lemah betul,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook mengakui dia terpaksa meminta dua orang anaknya untuk tidak hadir ke sekolah hari ini kerana malas menyiapkan pakaian kanak-kanak tersebut.

“Seminggu cuti sekolah, seminggu la aku dan anak-anak bercuti duduk kampung, suami ja kat Selangor sebab kerja. Aku memang ambil cuti tahun terus seminggu.

“Masalahnya hari ini sekolah, aku pula malas nak gosok baju anak-anak malam tadi, sebab sampai dari kampung dah lewat. Hasilnya, dua-dua tak sekolah. Aku pula hari ini work from home (kerja dari rumah). Maafkan ibu ya anak-anak,” kongsinya dalam satu ruang komen di Facebook hari ini.

“Monday Blues sangat hari ini. Terlajak tidur sampai berat mata nak bangun pergi kerja. Alasan apa aku nak bagi pada bos tak masuk kerja hari ini?,” soal Atikah yang turut menyambung cutinya hari ini.

Terdahulu, orang ramai mengambil peluang membawa keluarga pergi bercuti atau pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti sekolah selama seminggu serta sambutan Hari Krimas minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI