fbpx

F1: Ferrari izin Hamilton, Leclerc bersaing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON dan Leclerc bakal membentuk gandingan untuk membawa cabaran Ferrari pada saingan musim depan. - AFP

MARANELLO – Prinsipal Ferrari, Frederic Vasseur menyuarakan keyakinan tidak akan timbul konflik dalaman jika dua pelumbanya, Charles Leclerc dan Lewis Hamilton bersaing sesama sendiri pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim depan.

Sebaliknya, bekas ketua pasukan Alfa Romeo itu percaya kedua-dua pelumba itu sangat profesional selain menganggap persaingan antara rakan sepasukan sebagai perkara biasa dalam sukan permotoran.

Justeru, beliau tidak akan menghalang sekiranya Leclerc dan Hamilton bersaing ketika sedang mengharungi perlumbaan memandangkan ia boleh memberi kebaikan kepada pasukan dari segi data dan kutipan mata.

“Dalam tempoh dua tahun terakhir, semua orang tahu bahawa saya memberi kebenaran kepada Charles Leclerc dan Carlos Sainz untuk bersaing ketika perlumbaan. Bagi saya, kadang-kadang ia beri kesan positif kepada pasukan.

“Apabila berada dalam situasi sukar, kedua-dua pelumba tetap menghormati antara satu sama lain kerana mereka sangat profesional. Bagi saya, keadaan ini adalah sebahagian daripada prestasi pasukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk melakukan perubahan drastik ketika saingan musim depan memandangkan peraturan melibatkan jentera dijangka berubah lagi menjelang kempen 2026. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI