fbpx

EPL: Amorim sedar dalam bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMORIM perlu segera mengubah nasib United yang ketika ini berada pada kedudukan terburuk dalam sejarah di Liga Perdana Inggeris. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Ruben Amorim sedar bahawa beliau mungkin akan kehilangan jawatannya di Old Trafford sekiranya pasukan itu terus gagal mempamerkan peningkatan.

Pengurus dari Portugal itu tiba di United pada 11 November lalu menggantikan Erik Ten Hag dan telah mengharungi 10 perlawanan setakat ini, namun beliau tewas separuh daripada aksi tersebut, malah kelab itu tersingkir daripada saingan Piala Liga Inggeris serta hanya menghuni kedudukan ke-14 Liga Perdana Inggeris.

Kekalahan terbaharu 0-2 kepada Wolves pada Ahad lalu menyaksikan mereka semakin hampir ke zon penyingkiran apabila hanya memiliki kelebihan enam mata.

Biarpun sedang melalui tempoh yang sukar, pihak pengurusan United hampir pasti tidak akan membuat keputusan untuk memecat Amorin dan bersedia untuk memberikan masa untuk mengubah nasib pasukan itu.

Bagaimanapun, Amorim enggan terlalu selesa apabila percaya beliau akan menerima padah sekiranya gagal memberikan yang terbaik buat pasukan itu.

“Sebagai pengurus Manchester United, keadaan ini tidak normal. Prestasi seperti ini tidak sepatutnya berlaku walau apa juga alasan. Saya sedar mengenai dunia yang saya sedang lalui ketika ini.

“Jika kami berterusan gagal untuk menang, tidak kiralah mereka menebus kontrak saya sebelum ini, tetapi kedudukan saya pasti dalam bahaya. Saya baru berada di sini sebulan dan hanya mengendalikan empat sesi latihan, tetapi kami tidak memenangi perlawanan.

“Itu adalah realiti yang mungkin sedikit melegakan saya, tetapi situasi yang dialami oleh kelab ini tidak boleh berterusan,” jelasnya.
United berdepan satu lagi aksi getir apabila perlu melayan kunjungan Newcastle United untuk aksi malam ini dan satu lagi kekalahan bakal menyebabkan mereka terus berada dalam tekanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI