fbpx

Burung langgar enjin Jeju Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video menunjukkan api keluar dari enjin kanan pesawat selepas sekumpulan objek kelihatan seperti burung terbang masuk ke dalamnya. - YouTube/MBC NEWS

SEOUL – Sebuah rakaman video menunjukkan detik sekumpulan objek yang kelihatan seperti kawanan burung terbang ke dalam enjin kanan pesawat Jeju Air sebelum ia terpaksa membuat pendaratan cemas dan terbakar.

Akhbar Daily Star melaporkan, pihak berkuasa ketika ini percaya bahawa pesawat tersebut berlanggar dengan burung ketika berada di udara, menyebabkan ia mengalami kegagalan sistem.

“Punca kejadian dipercayai serangan burung yang digabungkan dengan keadaan cuaca buruk. Bagaimanapun, punca sebenar akan diumumkan selepas siasatan bersama dijalankan,” kata Ketua Balai Bomba Muan, Lee Jeong-hyun dalam satu taklimat.

Serangan burung merujuk kepada perlanggaran antara burung dan pesawat yang sedang terbang, semasa berlepas atau mendarat. 

Biasanya, burung melanggar cermin depan pesawat atau terbang ke dalam enjin.

Isu tersebut boleh mengurangkan kuasa enjin dan ada masanya mengakibatkan pendaratan cemas atau dalam kes yang jarang berlaku, pesawat terhempas.

Sementara itu, angka kematian nahas pesawat Jeju Air disahkan 179, dengan hanya dua anak kapal terselamat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI