fbpx

Bukan ‘jual’ anak, Idris berlatih sendiri – Misha Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUNCULAN Idris sebagai pengacara pada persembahan Misha Omar pada minggu lalu masih menjadi pertikaian sesetengah pihak.

PETALING JAYA – Dituduh menjual anak demi menagih perhatian semasa Showcase Misha Back to Basic, penyanyi Misha Omar bertegas tindakan memberikan tanggungjawab kepada puteranya yang berusia lapan tahun sebagai hos acara adalah sebagai galakan terhadap bakat si kecil.

Mempertahankan tindakannya, Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aishah Omar, 42,berkata dakwaan memaksa dan menggunakan anaknya, Idris Ezzawa hos persembahan sepatutnya tidak wujud sebalik haruslah diraikan.

“Saya mohon jasa baik, jangan menuding apabila (ada artis) melakukan persembahan atau berlakon bersama anak sebagai ‘menjual’ mereka.

“Kita seharusnya menyokong dan meraikan kerana membenci hanya akan membunuh diri sendiri dalam diam,” katanya dalam hantaran Instagram.

Penyanyi Bunga Bunga Cinta itu menzahirkan luahan menerusi perkongsian beberapa foto yang menunjukkan aksi Idris melakukan persembahan ketika persembahannya pada 21 Disember lalu.

Misha juga tidak ketinggalan mengimbas kenangan ketika sesi latihan yang memperlihatkan kesungguhan anaknya itu belajar dengan penggiat yang juga pensyarah seni berpengalaman, Norzizi Zulkifli.

“Idris mencetak sejarah pertama kali di hadapan peminat terlibat secara langsung pada Misha Omar Back To Basic Showcase tempoh hari.

“Mengenang kembali momen Idris berlatih dengan Dr Zizi membuat Kak Mitch senyum sendiri. Gigih dan penuh dedikasi kedua-duanya.

“Tanpa paksaan Idris berlatih sendiri. Apa yang kalian dengar keluar daripada mulutnya datang jujur dari hati,” ujarnya.

Pada Sabtu minggu lalu, penampilan Idris ketika memperkenalkan ibunya kepada 2,000 penonton di Misha Omar Back To Basic Showcase yang berlangsung di Jiospace, di sini, mengundang pujian.

Petikan klip video kanak-kanak petah berbicara itu kemudian tular dalam laman sosial apabila dikongsi ramai netizen yang rata-rata melihat potensinya.

Selain Idris, rumah tangga Misha bersama juruterbang, Firros Ezzwan Rosly yang sudah memasuki tahun ke-10 turut diserikan seorang anak angkat lelaki, Muhammad Adam Emir, 18. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI