fbpx

Budak 3 tahun ditinggalkan dalam kebun jagung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK berusia tiga tahun yang ditemui di kebun jagung di Jalan Tok Serah, Kampung Pulai Sebatang, Pontian, Johor dipercayai ditinggalkan pagi semalam.

PONTIAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui di dalam kebun jagung dipercayai tersesat di Jalan Tok Serah, Kampung Pulai Sebatang di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kanak-kanak itu ditemui orang awam kira-kira pukul 8.30 pagi di yang melalui kawasan tersebut.

“Sehingga petang semalam, tiada mana-mana keluarga menuntut kanak-kanak itu.

“Hasil soal siasat mendapati kanak-kanak itu memberitahu namanya sebagai Ahmad atau Armizi selain dia bersama mak ciknya ketika berada di kebun terbabit.

“Daripada maklum balas orang-orang kampung di kawasan tersebut , mereka tidak mengenal kanak-kanak ini dan tidak menolak kemungkinan orang luar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) Pontian telah mengambil kanak-kanak tersebut di Balai Polis Ayer Baloi pada petang seterusnya dibawa ke Hospital Pontian untuk pemeriksaan kesihatan.

“Pegawai Perubatan memberitahu kanak-kanak itu perlu ditahan diwad bagi menerima rawatan selanjutnya sebelum diserahkan kepada JKM bagi tujuan penjagaan,” ujarnya.

Oleh yang demikian, beliau meminta mana-mana ahli keluarga yang kehilangan anak mereka boleh menghubungi Ketua Balai Polis Ayer Baloi, Sarjan Mejar Norzizah Kechik ditalian 013-7205161 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI