fbpx

Brownhill akui tiada talian darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BROWNHILL mengakui tidak tahu bagaimana khabar angin mengaitkannya dengan kerakyatan Malaysia boleh muncul. - AFP

HARAPAN rakyat Malaysia untuk menyaksikan kehadiran kapten skuad Burnley yang beraksi di Liga Kejuaraan England, Josh Brownhill menyarung jersi Harimau Malaya tidak kesampaian.

Situasi ini disebabkan Brownhill akhirnya mengaku langsung tiada pertalian darah dengan Malaysia sekali gus menutup segala peluang untuk mewakili skuad negara.

Menerusi catatan di instagram peribadinya awal pagi semalam, pemain tengah berusia 29 tahun menjelaskan dirinya hanya berbangsa Inggeris dan tidak tahu bagaimana timbul spekulasi terkait dengan Malaysia.

“Saya mahu menjelaskan situasi mengenai beberapa khabar angin yang tersebar.

“Malangnya, satu-satunya kewarganegaraan saya adalah Inggeris dan saya bukan rakyat Malaysia seperti yang difikirkan oleh sesetengah pihak.

“Saya tidak tahu bagaimana khabar angin ini bermula dan saya perlu buat penjelasan.

“Apa pun, saya tetap ucapkan terima kasih terhadap sokongan semua pihak, terima kasih,” katanya

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim turut mendedahkan tangkap layar perbualan dengan Brownhill dan lega apabila bekas pemain Bristol City itu mendedahkan situasi sebenar.

“Saya rasa awak sudah keluarkan kenyataan bahawa anda bukan (berkait dengan) rakyat Malaysia.

“Saya harap pengesahan itu melegakan keadaan kerana peminat bola sepak negara mahukan saya memujuk anda beraksi buat Malaysia,” katanya.

Nama Brownhill sebelum ini telah dikaitkan sejak pertengahan tahun ini oleh ejen pencari bakat media sosial yang tidak diketahui statusnya sama ada sahih atau sebaliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI