PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu esok.
Anwar dalam satu hantaran berkata, amanat tersebut boleh diikuti menerusi semua saluran media tempatan dan media sosial pada pukul 9 malam.
“Insya-Allah, esok akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu untuk kita menyoroti usaha dan pencapaian sepanjang tahun ini, di samping menghamparkan matlamat dan hala tuju negara untuk tahun 2025.
“Semoga usaha dan khidmat yang direncana ini akan terus melimpahkan rahmat buat rakyat dan negara,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE