fbpx

7 pengiktirafan lakar sejarah seni Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSAN Lankester, Siti Nurhaliza. Siti Saleha dan Azira Syafinaz antara nama yang melakar kejayaan peribadi yang penuh dramatik serta luar biasa pada tahun 2024.

TAHUN 2024 mencatatkan episod penuh magis dan penuh keunggulan bagi industri seni tanah air. Deretan kejayaan yang dicapai tidak hanya menyemarakkan semangat anak bangsa, malah turut menjulang nama Malaysia sebagai kuasa seni disegani dunia.

Daripada anugerah berprestij hinggalah karya sinematik yang memukau hati penggemar seni global, tahun ini melakar sejarah gemilang yang sukar dilupakan. Setiap pencapaian melambangkan usaha tidak kenal penat lelah para penggiat seni tempatan diraih penuh dedikasi, sekali gus berjaya mengangkat seni dan budaya negara ke tahap tertinggi.

Tahun ini juga menyaksikan bakat-bakat tempatan bergemerlapan, memasuki sinar kejayaan yang tidak hanya menyentuh hati, tetapi mengangkat martabat bangsa. HibGlam kali ini menghimpunkan pencapaian terbaik selebriti tanah air yang mencetuskan fenomena dan mengangkat martabat seni negara.

Siti selayaknya Biduanita Negara!

Legenda seni suara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencatat sejarah sebagai wanita ketiga yang menerima anugerah paling berprestij iaitu Anugerah Biduan Negara pada Anugerah Seni Negara (ASN) 2024.
Kejayaan itu bukan sahaja menjulang karier seninya tetapi juga pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam memartabatkan seni warisan dan budaya tempatan di peringkat antarabangsa.
Siti kini berdiri sebaris dengan Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini, dua wanita hebat yang menerima penghormatan sama sebelum ini.
Trofi ikonik tersebut melambangkan penghargaan terhadap legasi yang telah dibinanya selama lebih dua dekad dalam duni seni suara.

Back to back Susan Lankester!

Pada usia 62 tahun, pelakon veteran Susan Lankester mencipta sejarah luar biasa apabila berjaya merangkul dua trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam tempoh kurang seminggu. Pengiktirafan pertama diterimanya pada Anugerah Akademi Kreatif Asia (AACA) 2024 di Singapura sebelum melakar kemenangan kedua di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33).

Kedua-dua kemenangan tersebut semestinya hasil persembahan luar biasanya dalam filem Rain Town, sebuah karya sinematik yang terus mendapat pujian luar biasa dunia. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa pengalaman dan dedikasi adalah kunci kepada kejayaan luar biasa dalam seni lakonan.

Azira, Fabian terbaik Asia

Azira Shafinaz dan Fabian Loo menambah kilauan bintang Malaysia di pentas antarabangsa apabila masing-masing diiktiraf sebagai Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-61 (APFF61).

Lakonan Azira dalam Indera dan Fabian (Rain Town) membuktikan bahawa bakat muda Malaysia mampu berdiri setanding dengan bintang serantau.

FABIAN LOO

Kejayaan tersebut adalah lambang refleksi dedikasi mereka terhadap seni lakonan yang penuh jiwa dan emosi, sekali gus menjadikan mereka sebagai aset berharga industri hiburan negara.

Siti Saleha mendunia!

Dramatis Siti Saleha memahat sejarah baharu apabila diumumkan sebagai Bintang Asia Terbaik Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024. Penganugerahan tersebut tidak datang dengan mudah apabila beliau berjaya menewaskan pesaing dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.

Sheriff pecah panggung!

Filem Sheriff: Narko Integriti mencetuskan gelombang baharu dalam dunia perfileman apabila meraih kutipan luar biasa RM60.5 juta menjadikannya filem kedua terlaris dalam sejarah sinema tempatan.

Kehebatan filem arahan Syafiq Yusof itu tidak hanya terhenti di Malaysia, malah turut mendapat sambutan luar biasa di Hong Kong, Indonesia dan Brunei. Gabungan lakonan mantap Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, dan Elizabeth Tan menjadikan Sheriff: Narko Integriti sebuah karya yang bukan sekadar tontonan, tetapi juga sebuah pengalaman sinematik yang sukar dilupakan.

Abang Adik filem terbaik Asia

Filem Abang Adik terus mengukuhkan reputasi sinema Malaysia apabila diumumkan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Asia Antarabangsa ke-10 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Kejayaan itu turut disusuli kemenangan di Festival Filem Asia New York serta anugerah berprestij seperti Golden Mulberry di Itali.
Keindahan naratifnya yang menyentuh jiwa serta mutu sinematografi luar biasa menjadikan sebuah karya seni yang tidak akan lekang dek zaman.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI