fbpx

‘Zalim sanggup tinggalkan anak kucing di tengah lebuh raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah menyokong kempen menyelamatkan kucing ‘adopt don’t shop’ yang hangat dibincangkan dalam media sosial.

PETALING JAYA – Selaku pencinta haiwan, pelakon Hannah Delisha menyokong kempen menyelamatkan kucing ‘adopt don’t shop’ yang hangat dibincangkan dalam media sosial.

Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, berharap lebih ramai individu dapat memelihara kucing terbiar yang memerlukan rumah tempat berlindung.

“Saya faham ada sesetengah orang mungkin sukakan kucing yang comel dan mahal, tapi kalau berkemampuan selamatkanlah kucing yang terbiar.

“Jagalah seikhlas hati dengan memberi tempat perlindungan selesa dan makanan mencukupi seperti kita menjaga anak.

“Janganlah menjaga separuh jalan, sebaliknya berikan komitmen kepada kucing yang diselamatkan,” katanya pada majlis pelancaran produk Conboo, Beau3 Milk dan minyak wangi Conboo Scents, hari ini.

Berkongsi lanjut, pelakon drama Di Hatiku Ada Kamu itu menceritakan pengalaman terjumpa anak kucing baka Calico yang dilihat berkeliaran di tengah Lebuhraya Bertingkat Damansara -Shah Alam (DASH) awal tahun ini.

“Bimbangkan keselamatannya dan kasihan melihat kucing yang masih terlalu kecil, saya memberhentikan kereta dan membawa kucing itu pulang.

“Ketika itu saya terfikir siapalah yang zalim hingga sanggup meninggalkan anak kucing di tengah lebuh raya.

“Tapi bila melihatkan kenakalannya sekarang yang sudah semakin dewasa, saya rasa kucing yang saya namakan sebagai Dashy sempena nama lebuh raya itu bukan dibuang tetapi mungkin dia yang sendiri ke atas jalan berkenaan,” ujarnya.

Sebelum ini, kempen menyelamatkan kucing terbiar dalam media sosial menjadi tular selepas insiden beberapa bangkai kucing ditemui mati di dua lokasi berasingan di Universiti Malaya (UM).

Kosmo! melaporkan, aktivis haiwan, Shima Aris mendakwa kucing yang ditemui mati di UM dengan keempat-empat kaki seperti dipotong dan mempunyai luka besar pada badan dibunuh dengan senjata tajam.

Perkara itu diperoleh hasil pemeriksaan terperinci doktor veterinar yang turut melakukan ujian imbasan sinar-X ke atas kucing bernama Lily.

Kemudian, pihak polis membuka kertas siasatan berhubung kes kematian kucing berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN