fbpx

Trafik dari utara, Pantai Timur menuju ibu kota mula sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan aliran trafik berdekatan Plaza Tol Gombak menghala ibu kota ketika ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama terutama menuju ke ibu kota sedikit sesak malam ini ekoran orang ramai mula pulang ke Lembah Klang.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan dilaporkan sesak ke arah selatan dari Permatang Pauh ke Juru Auto City.

Turut dilaporkan sesak Gopeng ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Behrang ke Lembah Beringin, Bukit Tagar ke Bukit Beruntung dan Rawang ke Rawang Selatan.

Sementara itu, bagi Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) pula, berdasarkan paparan televisyen litar tertutup (CCTV), trafik dilihat sesak beberapa sebelum Plaza Tol Gombak.

Selain itu, trafik turut perlahan di kawasan sekitar Genting Sempah.

Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 masih lancar.-  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI