fbpx

Tentera Laut AS, TLDM perkukuh jalinan strategik ketenteraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Carl Vinson (CVN 70) berlabuh di Port Klang untuk lawatan pelabuhan berjadual semasa penugasannya bagi tahun 2024 ketika lawatan media di Terminal Kapal Persiaran Port Klang (PKCT), Pulau Indah hari ini.- Foto oleh FARIZ RUSADIO

KLANG – Tentera Laut Amerika Syarikat komited mengukuhkan jalinan ketenteraan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terjalin sejak sekian lama.

Terdahulu, kapal induk USS Carl Vinson (CVN 70) selamat berlabuh di dermaga Terminal Pelayaran Pelabuhan Klang (PKCT) di sini, bagi lawatan pelabuhan pagi tadi.

Komander Carrier Strike Group Satu (CSG-1), Laksamana Muda Michael Wosje berkata, ia merupakan lawatan kedua kapal melibatkan induk Tentera Laut A.S. ke Malaysia dalam tempoh lebih sebulan tahun ini.

Jelas beliau, hubungan diplomatik antara kedua-dua negara terjalin sejak 1957 dan diperkukuhkan menerusi Perkongsian Komprehensif pada April 2014.

“Lawatan ini memberi peluang penting untuk terus bekerjasama dengan rakan sejawat TLDM dalam membina perkongsian strategik dan saling menguntungkan.

“Malaysia merupakan rakan kongsi utama kami di Indo Pasifik dan ini mengukuhkan kepentingan perkongsian kepada AS,” katanya selepas sesi lawatan kapal itu bersama pengamal media hari ini.

Tambah Michael, kedua-dua negara bekerjasama erat dalam isu keselamatan termasuk memerangi keganasan dan kerap mengambil bahagian dalam latihan, latihan serta lawatan dua hala.

Sementara itu, Pegawai Pemerintah CVN 70, Kapten Matthew Thomas berkata, lebih 5,000 anak kapal dan kelasi dari CSG-1 turut akan mengambil bahagian dalam pertukaran budaya dan program masyarakat sepanjang lawatan tersebut.

“Langkah itu bertujuan meningkatkan lagi pemahaman dan kerjasama budaya antara kedua-dua negara.

“Kami menghargai semangat dan layanan mesra penduduk setempat yang mengalukan kehadiran kelasi dalam menyelami kekayaan sejarah serta budaya Malaysia,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI