fbpx

Teknologi K-Tech bantu atasi pencemaran karbon, jimat pengguna bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eric semasa majlis pelnacaran K-Tech Patch di ibu kota baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Qiang Long Sdn Bhd, pengeluar teknologi berinovasi daripada Malaysia menyasarkan 8 juta pengguna akan memanfaatkan teknologi jimat minyak terbaru, K-Tech Patch menjelang tahun 2026.

Presiden Qiang Long, Eric Chiwe berkata, sasaran itu adalah selari dengan permintaan pasaran dunia yang kian meningkat terhadap produk teknologi hijau yang dapat memberikan manfaat terus kepada pengguna dan alam sekitar.

Sekali gus katanya, ia bertepatan dengan misi memberi peluang kepada pemandu untuk memilih masa depan yang lestari.

“Qiang Long mejangkakan seramai satu juta pengguna tempatan dan 5 juta pengguna global pada tahun 2025, seterusnya akan berkembang pesat pada tahun 2026 dengan jangkaan 2 juta pengguna tempatan dan 8 juta pengguna global,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Eric berkata, inovasi dihasilkan berasaskan teknologi terkemuka dunia yang dipatenkan di Malaysia, iaitu teknologi Nano-Terahertz.

Jelasnya, teknologi itu menawarkan penggunaan minyak yang lebih cekap, meningkatkan prestasi enjin, mengurangkan pelepasan karbon, dengan manfaat jimat kos.

“Teknologi ini berjaya mengurangkan kadar pelepasan karbon sehingga 40 peratus dan mengurangkan penggunaan minyak sebanyak 15 peratus.

“Ia juga mampu meningkatkan kecekapan enjin kenderaan, menurunkan kos, serta memberikan manfaat jangka panjang kepada alam sekitar,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI