fbpx

Suami berang dituduh curang, langgar isteri hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah pejabat polis di Edogawa, Tokyo. - Foto Mainichi

TOKYO – Seorang lelaki di Tokyo ditahan kerana disyaki memandu kereta dan melanggar isterinya hingga mati selepas berang dituduh berlaku curang, lapor akhbar The Mainichi semalam.

Norio Nakamura, 77, memberitahu penyiasat: “Isteri menuduh saya curang dan saya amat marah. Saya melanggarnya dengan kereta dan membunuhnya.”

Nakamura dituduh membunuh isterinya yang juga berusia 70-an, di sebuah tempat letak kereta pada kira-kira pukul 5.15 pagi (waktu tempatan), Jumaat lalu.

 Wanita itu kemudian dibawa ke hospital, di mana dia disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.

Menurut Jabatan Polis Metropolitan, mangsa menuduh Nakamura berlaku curang dan mereka kemudian bertengkar. 

Apabila suspek mahu memandu kereta, mangsa berdiri di hadapan kenderaan itu untuk menghalangnya.

Ia menyebabkan suspek melanggarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI