fbpx

Shukri terlampau selesa ‘main’ watak curang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shukri sinonim dengan watak lelaki curang dan panas baran sejak akhir-akhir ini.

SELEPAS kegilaan drama Andai Tiada Dia, muncul pula Curang Tanpa Niat lakonan Mira Filzah, Sharifah Sakinah dan Shukri Yahaya.

Ramai yang meletakkan harapan tinggi untuk drama ini kerana barisan pelakonnya bukan calang-calang.

Selepas tayang beberapa episod awal, Diva sempat baca komen netizen. Memang ramai yang ‘sakit jiwa’ dengan jalan cerita drama arahan Eyra Rahman itu dan memuju lakonan hebat Mira.

Namun, dalam lambakan pujian itu, Diva terbaca juga komen yang mengatakan sudah bosan melihat Shukri melakonkan watak sama iaitu suami panas baran, curang dan tidak bertanggungjawab.

Sampai ada yang melabelkan Shukri sebagai pelakon monotonous kerana watak yang dipegangnya tidak versatil.

Diva rasa ada sahaja watak dalam drama dan filem yang Shukri pegang berbeza tetapi mungkin naskhah itu kurang popular dan menyebabkan penonton pun tak tahu.

Mungkin hanya tiga peratus sahaja melabel Shukri begitu sebab sehingga hari ini masih ada sahaja yang suka melihat dia melakonkan watak suami dibenci ramai itu.

Dia kalau pegang karakter lelaki panas baran memang menjadi dan buatkan penonton rasa benci betul dengan wataknya.

DIVA: Selain panas baran, Shukri juga popular juga dengan watak suami mithali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN