PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga pukul 8 malam ini.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk itu melibatkan seluruh kawasan di Putrajaya, Melaka dan Labuan.
“Di Perak, amaran cuaca buruk hanya melibatkan kawasan Hulu Perak, manakala di Selangor pula kawasan terjejas termasuk Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
“Bagi Negeri Sembilan, cuaca buruk dijangka melibatkan Seremban, Port Dickson, Rembau, Jempol dan Tampin, sementara di Johor pula melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” jelas kenyataan itu.
Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sabah melibatkan kawasan Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau. -KOSMO! ONLINE