fbpx

Premis kena tindakan sebab jual minyak masak peket lebih 20 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada minyak masak peket yang ditemui di sebuah premis di Lenggong, Gerik semalam. - Foto IHSAN KPDN

GERIK – Gara-gara menjual minyak masak peket 1 kilogram (kg) melebihi harga kawalan, sebuah premis di Lenggong di sini dikenakan tindakan kira-kira pukul 10 pagi semalam oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, premis tersebut mendapat perhatian pihaknya menerusi maklumat orang awam yang memaklumkan minyak masak peket 1kg dijual melebihi harga ditetapkan oleh kerajaan.

“Berdasarkan maklumat aduan tersebut, anggota Penguat Kuasa KPDN cawangan Gerik telah bertindak membuat Op Samar dan mendapati permis perniagaan tersebut telah menjual minyak masak peket dengan harga RM2.70 melebihi harga ditetapkan kerajaan iaitu RM2.50.

“Sehubungan itu, sepasukan anggota penguat kuasa beruniform telah melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas premis dan menemui sebanyak sebanyak 60 peket minyak masak peket 1kg di bahagian belakang stor penyimpanan premis,” katanya di sini hari ini.

Kamalludin berkata, pihaknya turut menemui 13 peket lagi minyak masak di dalam kotak di bahagian hadapan premis dengan diletakkan tag hargaRM2.50.

“Tindakan telah diambil di bawah kesalahan Seksyen 12 Akta Pelindungan Pengguna 1999 (Akta 599) iaitu gambaran yang mengelirukan tentang a barang. Kes akan disiasat di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI