PETALING JAYA – Seperti dijangka, pasukan Vietnam berjaya mara ke pentas final Piala Asean 2024 selepas menewaskan Singapura 3-1 pada aksi separuh akhir kedua sebentar tadi.
Pada perlawanan di Stadium Viet Tri, Hanoi itu, skuad Golden Star Warriors dilihat beraksi tanpa sebarang tekanan selepas memiliki kelebihan 2-0 pada aksi separuh akhir pertama di Singapura awal minggu ini.
Pasukan tuan rumah berjaya meraih gol pertama menerusi ledakan penalti yang disudahkan oleh pemain naturalisasi, Nguyen Xuan Son pada penghujung babak pertama.
Bersambung pada separuh masa kedua, Vietnam selaku juara dua kali menggandakan asakan dan berjaya melebarkan kedudukan agregat 4-1 apabila Xuan Son meledak gol kedua selepas menerima hantaran Nguyen Huang Doc pada minit ke-63.
Tersentak dengan gol tersebut, skuad Sang Singa berusaha untuk bangkit dan mendapat gol saguhati menerusi rembatan jarak jauh yang dilakukan oleh Kyoga Nakamura pada minit ke-74.
Namun, malang gemilang Vietnam berjaya disudahkan oleh pemain sensasi, Nguyen Tien Linh pada masa kecederaan dengan keputusan 5-1 kekal sehingga wisel penamat.
Vietnam kini memburu trofi Piala Asean kedua selepas menjuarai edisi 2008 dan 2018.
Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Thailand bertemu Filipina di Stadium Rajamangala, Bangkok malam esok. – KOSMO! ONLINE