fbpx

[VIDEO] Jeju Air terhempas, 29 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pesawat penumpang terhempas di lapangan terbang Muan. - Foto Yonhap

SEOUL – Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh apabila sebuah pesawat membawa 181 penumpang dan kru terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan,  Korea Selatan hari ini.

“Setakat ini, kami mengesahkan nahas menyebabkan 29 kematian.  Namun, jumlah mangsa  mungkin meningkat kerana terdapat mereka yang parah,” kata pegawai bomba tempatan, Lee Hyeon-ji.

Beliau berkata, anggota-anggota penyelamat sedang memindahkan penumpang  dari bahagian belakang pesawat tersebut.

Nahas dipercayai berpunca akibat pelanggaran burung, mengakibatkan roda pesawat tidak berfungsi ketika pesawat itu cuba mendarat di lapangan terbang berkenaan, barat daya Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap.

Terdapat 175 penumpang dan enam anak kapal di dalamnya, tambah laporan tersebut.

Sekeping gambar menunjukkan ekor pesawat  terbakar dengan anggota-anggota dan  jentera bomba berada lokasi kejadian.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, pesawat Jeju Air itu berlepas dari Bangkok, Thailand, manakala nahas tersebut berlaku semasa ia mendarat.

“Dua orang ditemui hidup dan operasi menyelamat masih dijalankan,” kata seorang pegawai bomba kepada agensi berita Reuters.

Pemangku Presiden Korea Selatan, Choi Sang-mok menggesa semua sumber digunakan untuk menyelamatkan penumpang dan kru  pesawat.

“Semua agensi berkaitan mesti menggerakkan semua sumber yang ada untuk menyelamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP

 

@dailypulsenews_ BREAKING NEWS: Crash of Jeju Air Flight 2216 in South Korea caught on video. 181 people were on board, with 28 confirmed dead so far. Plane tried landing without it’s landing gear. #news #southkorea🇰🇷 #planecrash #jeju #muaninternationalairport ♬ Horror Ruins Exploration Horror Kaidan Occult BGMa(1033276) – TERAMURA SO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI