fbpx

Peragut mati langgar pagar PGA Batu Kawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal suspek selepas melanggar pagar pintu masuk PGA Batu Kawa di Jalan Field Force di sini.

KUCHING – Seorang peragut meninggal dunia apabila melanggar pagar pintu masuk Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 1.30 petang semalam itu berlaku ketika lelaki itu cuba melarikan diri selepas melakukan jenayah itu di Jalan Field Force.

“Lelaki terbabit yang bermotosikal telah meragut beg tangan seorang wanita yang sedang membonceng motosikal bersama suami dan seorang anaknya.

“Suspek bertindak melarikan diri dan merempuh pagar pintu masuk Briged PGA Batu Kawa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, lelaki berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Umum Sarawak.

Mohd Irwan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI