fbpx

Penumpang mahu pecahkan tingkap pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakhomov diikat dengan tali pinggang keselamatan pada kerusi. - East2west

DUBAI – Seorang penumpang mengancam mahu memecahkan tingkap pesawat, menyebabkan juruterbang terpaksa melakukan pendaratan cemas, lapor portal berita The Sun UK semalam.

Penumpang terbabit, Roman Pakhomov, 38, diikat dengan tali pinggang keselamatan pada kerusi oleh penumpang lain ketika pesawat tersebut dalam penerbangan dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ke Moscow, Russia.

Dia membalasnya dengan menjerit dan menendang kru penerbangan.

Media Russia melaporkan bahawa juruterbang pesawat Boeing 777 itu memberi arahan untuk mengikat lelaki tersebut dengan gari plastik.

Namun, Pakhomov terus merosakkan gari tersebut dan cuba memecahkan tingkap, menyebabkan dia diikat pada kerusinya.

Perbuatan lelaki dari Russia itu menyebabkan pesawat tersebut terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Aliyev di Baku, sebelum ditahan oleh polis Azerbaijan.

Laporan menyatakan bahawa lelaki itu bertindak liar selepas mengambil alkohol yang dibawa masuk ke dalam pesawat secara sembunyi.

Pesawat itu berada di lapangan terbang tersebut lebih dua jam sebelum terbang ke Moscow. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI