fbpx

Pemandu lori degil guna tayar botak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA JPJ memeriksaan tayar lori dalam operasi itu di Plaza Tol Kapar, Klang, kelmarin. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Tiada lagi bunga tayar kenderaan sehingga ‘botak licin’. Itu antara kesalahan utama pemandu lori yang dikesan dalam Ops Gempur Teknikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di Plaza Tol Kapar di sini, kelmarin.

Perkara itu menunjukkan bahawa masih ada segelintir pemandu kenderaan berat sanggup menggadai nyawa berada di jalan raya termasuk lebuh raya.

Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan berkata, operasi khasi itu dilakukan bagi menjalankan pemantauan ke atas semua jenis kenderaan terutama lori.

Jelas beliau, sebanyak 216 buah kenderaan perdagangan diperiksa pihaknya sepanjang operasi bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari itu.

“Antara kesalahan yang diambil tindakan melibatkan teknikal kenderaan seperti penggunaan tayar botak dan haus serta tiada penyelenggaraan yang baik.

“Selain itu, ada pemandu yang tiada lesen memandu kompeten (CDL) dan lesen kenderaan barangan (GDL) tamat tempoh,” katanya hari ini.

Menurut Azrin, pemandu kenderaan berat turut dikesan melakukan kesalahan tidak mengunci kontena dan memasang tirai serta menggunakan cermin gelap.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI