LUCU! Itu pujian yang menghujani Ummi Nazeera sejak kebelakangan ini.
Bukan Ummi yang lucu tetapi suaminya, Dr. Izzar Anwari. Mana tidaknya, Izzar rajin betul membuat konten tentang Ummi termasuk berkaitan drama-drama lakonan isterinya.
Paling Diva terhibur apabila Izzar hasilkan poster dan konten tentang drama Andai Tiada. Tidak kering gusi dibuatnya sebab ada sahaja idea unik yang dihasilkan.
Salah satunya merakam video individu memakai jersi tertulis nama Fatah iaitu watak Zahiril Adzim dalam Andai Tiada Dia, selain menggelar dirinya dengan nama Fatih. Macam-macam hal.
Kemudian, ada juga netizen menggelarnya sebagai Mr. Bean Malaysia kerana mempunyai karakter yang lucu.
“Aku seorang sahaja ke yang rasa dia seperti Mr. Bean Malaysia? Tidak bersuara tetapi boleh buat orang gelak.
“Selain ada kepakaran dalam bidang perubatan, dia juga pakar membuat lawak tolong teruskan,” komen netizen.
Untung Ummi dapat suami yang bijak dan kelakar pula. Semoga rumah tangga kalian kekal hingga ke anak cucu ya.
DIVA: Ada yang tertanya-tanya ahli kumpulan Dolla tak mahu melawat Syasya selepas bersalin ke? Tanya saja.