fbpx

Netanyahu jalani pembedahan buang prostat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Benjamin Netanyahu. - AFP

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu djadual menjalani pembedahan membuang prostat pada hari ini, kata pejabatnya selepas dia disahkan menghidap jangkitan saluran kencing.

Netanyahu menjalani ujian di Hospital Hadassah pada Rabu lalu, di mana dia didiagnosis menghidap jangkitan saluran kencing akibat pembesaran prostat yang ‘tidak berbahaya’, kata pejabatnya dalam satu kenyataan.

“Perdana Menteri akan menjalani pembedahan membuang prostat esok (hari ini),” kata kenyataan tersebut.

Pada Mac lepas, Netanyahu menjalani pembedahan hernia, manakala pada Julai tahun lalu, doktor menanam perentak jantung padanya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI