fbpx

Nahas Jeju Air: Saksi dengar bunyi letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Jeju Air terbakar selepas terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan hari ini. - AFP

SEOUL – Sebilangan saksi insiden pesawat terhempas di daerah Muan, barat daya Korea Selatan melaporkan melihat api dalam enjin dan mendengar beberapa bunyi letupan, lapor agensi berita Yonhap.

Penerbangan Jeju Air terbabas dari landasan ketika mendarat dan melanggar tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, wilayah Jeolla Selatan yang terletak kira-kira 288 kilometer ke barat daya Seoul pada pukul 9.07 pagi (waktu tempatan).

Satu rakaman video yang disiarkan stesen televisyen tempatan memaparkan pesawat yang membawa 181 orang itu cuba mendarat tanpa roda pendaratan.

Seorang saksi, Yoo Jae-yong, 41, yang tinggal di rumah sewa berhampiran lapangan terbang berkata, dia melihat percikan api di sayap kanan pesawat sebelum nahas itu berlaku.

“Saya memberitahu keluarga bahawa pesawat itu mengalami masalah apabila saya mendengar bunyi letupan kuat,” kata Jae-yong.

Seorang lagi saksi yang hanya dikenali dengan nama keluarga Cho berkata, dia sedang berjalan-jalan kira-kira 4.5 kilometer dari lapangan terbang tersebut ketika ia terhempas.

“Saya melihat pesawat itu dan menyangka ia akan mendarat apabila cahaya kelihatan memancar. Kemudian, ada bunyi dentuman kuat, diikuti dengan kemunculan asap di udara dan satu siri letupan didengari,” ujarnya.

Seorang lagi saksi, Kim Yong-cheol, 70, berkata, pesawat itu gagal mendarat dalam percubaan pertama dan ia membuat satu lagi pusingan sebelum nahas berlaku.

Menurutnya, dia mendengar bunyi seperti besi bergesel sebanyak dua kali selama kira-kira lima minit sebelum nahas berlaku.

Young-cheol berkata, dia mendongak ke langit dan melihat pesawat itu naik ke udara selepas gagal mendarat buat kali pertama sebelum mendengar letupan kuat dan diikuti dengan asap hitam berkepul-kepul. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI