fbpx

Misi menyelamat budak jatuh perigi masuk hari ke-6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERJA-kerja menyelamat Chetna masih diteruskan di Kotputli. - Foto ANI

NEW DELHI – Operasi menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terjatuh ke dalam sebuah perigi di Kotputli, India pada Isnin lalu memasuki hari keenam semalam, lapor portal berita Times of India.

Chetna jatuh ke dalam perigi itu pada kedalaman kira-kira 46 meter ketika dia bermain di ladang milik bapanya. 

Sebuah mesin cerucuk menggali sedalam 51 meter untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Dia terperangkap lebih 90 jam tanpa makanan atau air dan berada dalam keadaan sangat lemah serta tidak dapat bergerak di dalam perigi tersebut.

Anggota-anggota perkhidmatan kecemasan bertungkus lumus untuk mengeluarkan Chetna dan mereka memantaunya menggunakan kamera video serta membekalkannya oksigen melalui paip.

Ibu Chetna, Dhole Devi membuat rayuan dengan linangan air mata kepada pihak berkuasa semalam untuk menyelamatkan anaknya. 

“Bawalah anak perempuan saya keluar,” katanya.

Usaha menyelamat masih lagi berterusan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI