fbpx

Kumpulan berzikir di kubur, kes dirujuk Jawi – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang melakukan aktiviti di sebuah tanah perkuburan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan membabitkan video tular sekumpulan individu sedang berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, laporan itu dibuat orang awam pada pukul 10.05 pagi.

“Pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan polis berhubung satu video tular sekumpulan individu yang sedang berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak, di sini.

“Kes ini dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk siasatan yang selanjutnya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan sekumpulan lelaki dikesan melakukan satu ritual meragukan di sebuah tanah perkuburan dan kini tular di media sosial.

Menerusi satu klip video yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rizuwan Rosly, kelihatan kumpulan tersebut seolah-olah sedang berzikir sambil mengoncangkan kepala.

“Aku ingatkan zikir. Tapi lama-lama dengar macam memuja lah pula,” tulisnya.

Tambah individu terbabit, dia telah membuat aduan tentang aktiviti itu kepada pihak berkuasa. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI