fbpx

[VIDEO] Korban Jeju Air meningkat 62

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Api dan asap muncul dari bahagian ekor pesawat Jeju Air selepas ia terhempas dan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan hari ini. - AFP

SEOUL – Korban nahas Jeju Air meningkat kepada sekurang-kurangnya 62 orang selepas pesawat berkenaan terbabas dari landasan dan melanggar tembok hari ini.

Nahas berlaku semasa Penerbangan Jeju Air7C2216 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan).

Menurut Agensi Bomba Kebangsaan (NFA), sekurang-kurangnya 62 orang disahkan terbunuh.

Pesawat jenis Boeing 737 itu berlepas dari Bangkok dan membawa 175 penumpang serta enam kru.

Agensi berita Yonhap melaporkan, pegawai mengesyaki bahawa kegagalan gear pendaratan yang mungkin disebabkan oleh pelanggaran dengan burung, menjadi punca nahas itu.

Jeju Air merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang mengendalikan pesawat Boeing sahaja. Ia mempunyai 42 pesawat dan hampir 3,000 kakitangan.

Muan yang mempunyai kira-kira 90,000 penduduk pula terletak di barat daya Korea Selatan. – AGENSI

@dailypulsenews_ BREAKING NEWS: Crash of Jeju Air Flight 2216 in South Korea caught on video. 181 people were on board, with 28 confirmed dead so far. Plane tried landing without it’s landing gear. #news #southkorea🇰🇷 #planecrash #jeju #muaninternationalairport ♬ Horror Ruins Exploration Horror Kaidan Occult BGMa(1033276) – TERAMURA SO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI