fbpx

‘Bunyi dentuman kuat, air laju masuk rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memantau lokasi banjir di Taman Seri Alam, Saujana Utama, Selangor, hari ini. - FOTO oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

 

KUALA SELANGOR – “Terkejut melihat limpahan air itu, saya segera mengambil anak dan isteri lalu berlindung dalam pacuan empat roda kami,” kata Hafifi Saleh, 38, salah seorang penduduk Taman Seri Alam, Saujana Utama dekat sini yang dilanda banjir akibat benteng sebuah kolam takungan pecah, petang tadi.

Menurutnya, semasa kejadian hujan baru berhenti selepas berterusan lebat sejak pukul 3 petang dan ketika itu dia sedang bersembang dengan jiran di luar rumah kira-kira pukul 3.40 petang.

“Saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat limpahan air dari kolam takungan berhampiran memasuki kawasan rumah. Saya bersyukur keluarga terselamat biarpun ada perabot mengalami kerosakan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan benteng yang pecah itu mengakibatkan limpahan air umpama tsunami, namun tiada sebarang pemindahan mangsa dilakukan kerana banjir telah surut sepenuhnya hari ini.

Sementara itu, Ahli Majlis Zon 23 Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Maisarah Ismail berkata, pihaknya akan membina benteng penghadang sementara di lokasi runtuhan bagi mengelak limpahan air berulang sekiranya hujan lebat.

“Kira-kira 10 buah rumah terjejas teruk akibat kejadian itu dan penduduk memilih untuk tidak berpindah kerana mahu mencuci rumah berikutan air surut. Kerja-kerja pembersihan rumah dan sisa runtuhan benteng akan dibuat malam ini sebelum membina benteng penghadang sementara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI