fbpx

JAWI siasat kumpulan berzikir di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im.

PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melakukan siasatan terperinci berkenaan klip video tular yang memaparkan sekumpulan individu berhimpun di salah sebuah pusara di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Naim Mokhtar berkata, pihak yang mempunyai maklumat juga dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada JAWI bagi membantu siasatan.

“Semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

“Semua pihak adalah dimohon untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama Islam,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan sekumpulan lelaki dikesan melakukan satu ritual meragukan di sebuah tanah perkuburan dan kini tular di media sosial.

Menerusi satu klip video yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rizuwan Rosly, kelihatan kumpulan tersebut seolah-olah sedang berzikir sambil mengoncangkan kepala.

“Aku ingatkan zikir. Tapi lama-lama dengar macam memuja lah pula,” tulisnya.

Tambah individu terbabit, dia telah membuat aduan tentang aktiviti itu kepada pihak berkuasa. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI