fbpx

Iconic Marjorie pertingkat nilai segmen bisnes perhotelan Iconic Group

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah bilik yang ditawarkan oleh Iconic Marjorie di Bayan Lepas, Pulau Pinang yang kini dibuka kepada umum.

PETALING JAYA – Sebuah lagi hotel milik  Iconic Penang Sdn Bhd (Iconic Group) iaitu Iconic Marjorie Hotel, Tribute Portfolio Hotel yang menjadi sebahagian daripada jenama unggul Marriott International telah mula dibuka kepada umum.

Hotel bertaraf lima bintang dengan 298 bilik  yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang itu dibangunkan dengan nilai pelaburan sebanyak RM180 juta.

Bekerjasama rapat dengan Hirsch Bedner Associates (HBA), perintis dan pencetus reka bentuk hospitaliti, Iconic Group telah mencipta pengalaman seni bina dan falsafah reka bentuk yang unik yang mengangkat budaya Baba-Nyonya Pulau Pinang. 

Hotel baharu itu bakal menyajikan pelancong dalam keindahan pulau yang menawan dan semangat pelbagai budaya, menggabungkan keanggunan abadi dengan gaya kontemporari.

“Kami bekerjasama dengan Marriott International untuk menampilkan hotel yang mampu mengangkat status Pulau Pinang sebagai destinasi bertaraf dunia bagi pelancong dan pelabur. 

“Hotel ini bukan sekadar destinasi mewah, tetapi meraikan warisan Pulau Pinang yang kaya dan komitmen kami dalam kecemerlangan hartanah dan hospitaliti,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis perasmian hotel berkenaan baru-baru ini.

Iconic Marjorie Hotel menawarkan warisan kulinari Pulau Pinang dengan tiga tempat makan yang berbeza, Tiffin Hall, Loom Leafs Lounge dan Senses Bar. 

Tiffin Hall merupakan penghormatan meriah kepada santapan komunal dan warisan kulinari, dengan pelbagai hidangan berperisa yang diinspirasikan oleh tradisi gastronomi Pulau Pinang yang pelbagai. 

Di Tiffin Hall, setiap hidangan adalah lebih daripada sekadar hidangan kerana ia merupakan perjalanan berwarna-warni melalui sejarah manakala Loom &  Leafs Lounge menawarkan pilihan hidangan tempatan, minuman menyegarkan dan makanan ringan, terletak di tempat percutian yang tenang yang membolehkan tetamu menikmati daya tarikan Pulau Pinang yang bertenaga.

Selain itu, Iconic Marjorie Hotel merupakan hotel pertama di Pulau Pinang yang mencapai standard Emas berprestij dalam sistem penarafan Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang diiktiraf di peringkat global, yang menggalakkan kemampanan dalam persekitaran binaan. 

Melalui inisiatif menggabungkan ciri-ciri cekap tenaga, bahan binaan dan sumber yang mampan dan inovasi reka bentuk, hotel ini  menetapkan penanda aras baharu untuk hospitaliti mesra alam di Pulau Pinang, mencerminkan komitmen Iconic Group terhadap ESG dan pembangunan hartanah yang mampan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI