fbpx

Hulu Terengganu kembali dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kawasan Kampung Peneh, Hulu Terengganu yang mula dinaiki semula banjir hari ini.

HULU TERENGGANU – Hujan lebat berterusan selama hampir 20 jam sejak semalam menyebabkan beberapa buah perkampungan di daerah ini kembali dilanda banjir sebentar tadi.

Antara perkampungan terjejas adalah Kampung Peneh, Kampunh Lubuk Periuk, Kampung Betong, Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Pelandan, Kampung Basung, Kampung Peroh, Kampung Kuala Menjing serta Felcra Bukit Kapah.

Pengerusi  Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Peneh, Che Khalid Jusoh berkata, setakat pukul 4.30 petang tadi, seramai 27 penduduk daripada 10 keluarga di kampung terlibat memasuki pusat pemindahan sementara (PPS)

“Kita siap sedia menghadapi kemungkinan pertambahan mangsa walaupun paras air sungai kini menurun ekoran hujan yang masih berterusan, ,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Paras sungai di Hulu Terengganu iaitu Sungai Peneh, Felda Mengkawang mencatatkan bacaan 38.40 meter (m) iaitu 0.9m melebihi aras bahaya,manakala Sungai Tersat, Sekayu pula 20.72 m (0.72m melebihi aras amaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI