fbpx

Heret anak masuk ‘live’, netizen puji Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rita dipuji kerana akhirnya membawa anaknya 'live' di TikTok.

ENTAH kenapa, sejak kebelakangan ini ramai selebriti yang muncul dan rajin membuat siaran langsung dalam media sosial.

Selepas diteliti, rupa-rupanya mereka berniaga mencari rezeki dan seronoknya ialah produk yang dijual mendapat sambutan!

Antaranya, Rita Rudaini yang menjual makanan dalam pek dan banyak kali juga Diva tengok produk tersebut ‘sold out’.

Namun, paling menarik perhatian ramai pastinya gelagat dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang turut membantu mempromosikan produk ibunya.

Sepanjang siaran langsung, ramai memuji cara didikan Rita yang tegas tetapi masih berlembut.

Paling lucu melihat Rita mengajar anaknya memasak seperti menggoreng telur. Sakit perut Diva gelak melihat Rayyan takut pecahkan telur sebab risau minyak panas terpercik padanya.

Melihat cara didikan sebegitu, Diva rasa Rita memang layak terima anugerah ibu ikon sebelum ini. Anak-anaknya pun bertutur dengan baik dan tak bercakap perkataan yang kurang elok.

Bagus Rita, teruskan menjadi contoh ibu tunggal di luar sana ya.

DIVA: Pening pula kes perbalahan anak-beranak antara Nelissa Nizam dan ibunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN